Saturday, 28 January 2012

Kenali Pelajar Kita

Entry kali ni mungkin lebih sesuai didedikasikan untuk rakan-rakan guru. banyak dari kawan2 menghadapi masalah memahami/deal dengan students kita kan.harap apa yg ditulis kali ni dpt membantu sedikit sebanyak.. :)

macam mana kita nak tackle students kita?sebelum tu, benarkah kita kenal clients/students kita ni?siapa sebenarnya pelajar2 kita?ok, clients kita ni sebenarnya adalah golongan yang digelar Generasi Y.untuk memahami pelajar kita, jom kita tengok baca dulu characteristics mereka dari GEN-Y ni.



1. Tidak sukakan formality.

  • mereka lebih suka sesuatu yang santai dan rilex. mungkin formality membuat mereka rasa tidak bebas atau tertekan.
2. Sukakan practical / hands on experience.

  • terlalu banyak teori akan membuat mereka rasa bosan. jadi, aktiviti2 practical nampak lebih menarik.
3. Mesti cepat / segera

  • ini boleh dilihat sebagai sesuatu yg positif, bermakna mereka tidak suka berlengah. semua mesti cepat dan pantas :)
4. Bermaklumat / IT-savvy

  • i have to admit that this generation mmg mempunyai ICT knowledge yg sangat tinggi. 
5. Creative

  • sangat kreatif dlm segala hal (termasuk mencipta pelbagai alasan untuk pelbagai kesalahan) btol kan?
6. Family type / manja

  • kenapa?this is a comparison between remaja sekarang dan remaja zaman ibu bapa kita dulu. remaja sekarang lebih bold and outspoken. diorang xda masalah utk berkomunikasi dengan ibu bapa. sedangkan remaja zaman ibu bapa kita dulu (mungkin tak semua) sangat takut untuk bersembang/bercakap apatah lg nak meninggi suara dengan parents sbb seorang bapa tu role dia mesti sangat garang/tegas.


HOW TO DEAL/TACKLE THEM??

  • Jadilah guru yang berjiwa guru. kita treat students kita mcm mana cikgu2 kita treat kita dulu; dengan penuh perhatian dan kasih sayang.
  • Ikut rentak Generasi-Y. Kita kena tau apa yang diorang suka/tak suka. Contohnya, kita kena lebih santai,cuba fahami jiwa diorang,masukkan unsur2 humor dlm p&p, less theory dan mcm2 lagi yg kita rasa kena dgn jiwa Gen-Y.
  • First in, last out. Kita jd guru yang menunggu pelajar masuk ke kelas,dan yang terakhir keluar dr kelas. Sounds impossible kan sbb dlm timetable tu mmg students dah dalam kelas baru kita masuk. May be blh apply untuk 1st and last period.
  • Lahirkan perasaan kasih sayang yang sama rata. Maknanya kena elak mempunyai "favourite student" dan kurangkan leteran. 


Mungkin banyak lg characteristics/cara nak deal dengan students kita. masing2 guru ada cara sendiri untuk mengenali/mengendali students mereka.
Harapnya apa yang ada ni dapat menolong kita mendidik anak bangsa dengan lebih dedikasi :)

Saturday, 21 January 2012

kehebatan Al-Waqiah

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”

begitu hebatnya surah Al-Waqiah. menurut fahaman saya, sekiranya kita mengamalkan surah ni setiap hari,insyaAllah takkan putus rezeki kita.Allah pasti sentiasa memberikan jalan untuk rezeki. (provided segala amalan wajib tiptop la kan.. )


Di dalam surah Al-Waqi’ah terkandung beberapa khasiat dan kelebihan, antara lain:
  • Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.
     
  • Bila di baca 14 kali setiap selesai solat Asar, maka orang yang membacanya itu akan memperoleh kekayaan yang berlimpah ruah.
     
  • Jika di baca surah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis (sekali duduk), insyaAllah di tunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.
     
  • Supaya menjadi orang yang kaya sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 kali selepas solat subuh dan 3 kali selepas solat Isya’. InsyaAllah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan di jadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.
     
  • Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki. Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat. Setiap selepas solat fardhu bacalah Surah Al-Waqi’ah ini sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya; pada malam Jumaat berikutnya itu, selepas solat Maghrib bacalah surah ini sebanyak 25 kali, selepas solat Isya’ bacalah surah ini sebanyak 125 kali diikuti dengan selawat keatas Nabi sebanyak 1000 kali. Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah. Kemudian amalkanlah surah ini sekali pada waktu pagi dan petang. Insya’Allah berhasil.
     
  • Surah ini jika dibaca disisi mayat atau orang yang sedang nazak, insyaAllah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, InsyaAllah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca disisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.




Jadi, tiada ruginya kalau kita sentiasa mengamalkan ayat2 Allah kerana Al-Quran tu sendiri adalah satu mukjizat.