sudah berada ditahun ke 27 setelah ALLAH SWT memberikan nyawa ini. selama 27 tahun itu tidak seberapa pengisian rohani dilakukan. leka dan hanyut.. bukan salah ibu mengandung, atau ayah yang membesarkan. mereka membekalkan dengan ilmu yang cukup..tapi akal yang diberi Tuhan tak digunakan untuk berfikir..apatah lagi untuk bermuhasabah diri..
MATI..kematian itu sesuatu yang pasti..semua percaya mati.hatta William Shakespeare sendiri yakin akan kematian itu pasti menjemput setiap makhluk.tapi mengapa jasad yang telah berada di muka bumi ALLAh selama 27 tahun ini tidak pernah sedetik pun takut akan kenyataan tersebut???jika tidak, masakan berani untuk culas mengerjakan solat wajib lima waktu. tapi ALLAH Maha Berkuasa, ALLAH Maha Mengetahui.. Pemergian mengejut seorang sahabat sebenarnya adalah blessing in disguise satu rahmat yang sangat besar disebalik kesedihan itu.seolah-olah baru tersedar dari tidur;kematian itu sangat dekat dengan diri.bagaimana nasib di sana sekiranya yang pergi bukanlah sahabat tetapi diri sendiri?sudah bertaubatkah? Ya Allah, aku telah jauh menyimpang dari jalanMu.